Tuesday, November 18, 2008

Detail tentang plan terbaru.

Salam semua,

Saya baru pulang dari discuss dengan management MPE dan dapatkan maklumat lanjut tentang halatuju company dan mendengar presentation dari speaker MP Global(bekas jutawan uptrend) tentang plan terbaru yang dikeluarkan oleh MPE.

seperti yang kita semua maklum. Tempoh hari saya ada mention tentang pakej RM363 masih ada pairing dan royalty bonus. Berikut ialah "memo" yang dikeluarkan oleh pihak company terhadap perkara tersebut dan final update tentang plan terbaru :






http://mpglobal.blogspot.com (The first ever existed blog for MPE)

Friday, November 14, 2008

Good news untuk semua warga MPE!!!

Salam untuk semua ahli-ahli groupku dan semua warga-warga MP GLOBAL...semoga sehat selalu.

Hari ini, ialah hari yang amat bertuah buat semua ahli-ahli MP GLOBAL kerana semua ahli yang mempunyai duit dalam e-wallet boleh collect cheque masing-masing di HQ MPE. Ramai dan sesak warga-warga MP GLOBAL yang menghadirkan diri di HQ. Suasana disini amat meriah dan ditambah dengan "GOOD NEWS" yang saya terima dari pihak management dimana pakej RM363 tidak perlu upgrade untuk menikmati bonus "pairing" dan "Royalty Bonus". Dan bagi sesiapa ahli baru yang ingin menyertai MP GLOBAL dengan RM363 akan tetap menikmati bonus "pairing" dan "royalty bonus". Nantikan update saya yang seterusnya detail tentang perkara ini apabila saya menerima "memo" dari pihak company.

Semua ahli yang mempunyai minimum $100 USD didalam e-wallet boleh datang ke HQ MPE untuk collect cheque atau menghantar wakil untuk mengambil cheque mereka. Saya sendiri dan husband berasa bersyukur kehadrat ilahi kerana kami telah pun menerima bonus withdrawal kami yang pertama dari MP GLOBAL. Sebelum ini, pihak kami hanya mendapat keuntungan dari penjualan e-wallet ke ahli-ahli group yang ingin menggunakan e-wallet bagi tujuan pendaftaran ahli baru. Saya difahamkan, jumlah keseluruhan payout yang dilakukan oleh MP GLOBAL pada hari ini ialah berjumlah lebih kurang RM1.4 juta untuk semua ahli-ahlinya. Satu jumlah yang agak tinggi dan tentunya menunjukkan komitmen dari pihak management sendiri bahawa mereka mahu program ini berjalan untuk jangka masa panjang dan semua ahli-ahli diharapkan memandang positif diatas usaha management MP GLOBAL ini.

Untuk memberi dorongan, semangat dan membuatkan anda teruja...tanpa rasa riak dihati saya...saya dengan gembira ingin memaparkan cheque yang saya dan husband nikmati hasil dari MP GLOBAL dibawah ini :



Saya faham, diluar sana ramai pihak yang irihati dan mahu melihat program MP GLOBAL ini satu kegagalan...samada mereka ini tergolong dalam kelompok yang tertinggal dari menyertai MP GLOBAL ataupun pihak yang mahu mempromosi company masing-masing lebih baik dari MP GLOBAL ini. Ini kerana, saya mendapat maklumat...sambutan MP GLOBAL yang dilancarkan pada 29/09/2008 hingga ke hari ini telah mempunyai ahli seramai lebih kurang 10,000 dalam waktu hampir 2 bulan pelancarannya. Pada peringkat awal, pihak management sendiri akui bahawa mereka tidak menyangka sambutan program MP GLOBAL sehebat ini..kerana pada awalnya mereka hanya menjangkakan untuk 2 bulan pertama hanya sekitar 2000 ahli yang menyertai MP GLOBAL. Jadi tak mustahil terdapat berbagai-bagai masalah dan perkara-perkara yang diluar jangkaan berlaku untuk peringkat awal ini.

Walaupun saya sendiri, mengalami berbagai-bagai masalah dari segi pengurusan account, masalah penukaran plan dan masalah-masalah lain dengan MP GLOBAL...seperti yang saya katakan, mereka komited ingin meneruskan program ini untuk menjadikannya salah satu program yang mampu memberikan keuntungan untuk semua pihak yang berusaha untuk menghasilkan keuntungan dari MP GLOBAL. Saya juga telah diberitahu pada 11 November 2008(Selasa) MP E-Worldwide Sdn Bhd company yang menjalankan program MP Global telah menerima anugerah dari KPDNHEP yang disampaikan sendiri oleh Y.B. Dato' Shahrir Bin Abdul Samad bertempat di Putrajaya International Convention Centre. Untuk memberi semangat dan dorongan..saya juga telah mendapatkan salinan dari GM sendiri diatas anugerah yang mereka telah terima dari KPDNHEP untuk dipaparkan pada blog(http://mpglobal.blogspot.com)saya ini:









Sekian sahaja update dari saya untuk anda semua untuk kali ini. Diharap berita baik yang saya sampaikan dari maklumat dan pemerhatian saya ini bakal memberi suntikan semangat baru dan diharapkan semua pihak diluar sana yang memerlukan sebarang bantuan dari saya sila hubungi no fon yang tertera di laman BLOG saya.

Sebelum saya akhiri post saya kali ini, ingin saya paparkan gambar-gambar sekitar waktu pengambilan cheque di HQ MPE pada pukul 4pm-7pm dibawah :












Semua update dan latest news diatas boleh dilayari dari blog saya di http://mpglobal.blogspot.com dari masa ke semasa untuk mengetahui berita terkini dan sebarang berita terbaru berkenaan MP GLOBAL.

Wednesday, November 12, 2008

Update terbaru serta good news!!!

Salam semua,

Setelah menghadiri meeting semalam beberapa kesimpulan dan good news saya ingin sampaikan kepada anda.

1) Untuk semua account "Personal Package-RM363" boleh upgrade kepada pakej "Bussiness Centre-RM665" dengan cuma RM200, dan bukannya RM302 untuk account anda menikmati semua bonus dan bukannya hanya bonus "Direct Sponsor" sahaja jika account anda "Personal Package".

2) Tiada kenaikan harga seperti diwar-warkan oleh sesetengah pihak.

3) Setiap Selasa dan Jumaat akan diadakan briefing oleh pihak syarikat di HQ MPE yang dikendalikan oleh bekas jutawan Uptrend.

4) Bagi account yang mempunyai $100 USD keatas balance yang terdapat didalam account anda boleh datang ke HQ MPE untuk collect cheque anda pada hari Khamis November 13/11/2008.

5) Setiap account yang mempunyai masalah dari segi login dan sebagainya boleh datang ke kaunter MPE untuk activatekan semula account anda. Account yang kena freeze adalah disebabkan beberapa document yang dihantar kemungkinan tidak lengkap.

6) MP GLOBAL committee sebulat suara mahu program ini diteruskan dan tidak mahu program ini ditutup walaupun terdapat beberapa suara sumbang yang mahukan program ini ditutup. Jadi, pihak company pula akan menyelesaikan semua masalah bayaran tertunggak dan akan menyelesaikan beberapa masalah2 account yang dihadapi oleh semua ahli bagi melicinkan semula perjalanan program ini.

Sekian update saya untuk kali ini. Sebarang update terbaru lagi akan saya update dari masa ke semasa atau terus layari blog saya di :

http://mpglobal.blogspot.com

Thanks!


-Dianey-

Wednesday, November 5, 2008

Berita terkini dan peluang baru untuk anda semua!

Salam untuk semua warga MPE dan semua hadirin sekalian,

Setelah berfikir dengan mendalam dan mendapatkan maklumat dari segenap segi dan pelosok ingin saya rumuskan beberapa perkara dalam post saya kali ini. Pada mulanya, saya ingin menulis perkara ini pada malam tadi... tetapi saya masih lagi memerlukan masa untuk mendapatkan kesemua maklumat dengan terperinci dan tepat sebelum menyampaikan pada anda semua. saya juga telah membuat research dan mendapatkan maklumat dari semua individu sebelum pihak saya membuat keputusan. Ini kerana, sebarang pilihan dan keputusan yang dibuat oleh saya bakal memberikan impak kepada individu dan beberapa pihak yang saya harap akan memberikan keputusan positif untuk semua pihak.

Dibawah ialah beberapa rumusan yang telah dibuat oleh pihak saya :

1) Pihak saya masih lagi akan memberikan komitmen penuh kepada program MP GLOBAL dan masih lagi terus menjadi ahli memandangkan saya telah mempunyai network yang besar seluruh semenanjung malaysia, Sabah dan Sarawak dan selagi kesemua downline saya belum menghasilkan keuntungan dari MP GLOBAL saya bertanggungjawab terhadapnya dan sudi membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang MP GLOBAL dan permasalahan yang dihadapi oleh ahli group saya untuk hari-hari mendatang.

2) Setelah mendapatkan maklumat lanjut dari pihak 001 MP GLOBAL Encik Syed Azwan dan GM(Belinda) bahawa management MP Global tiada niat ingin menjadikan program ini salah sebuah lagi program yang akan digelar "gagal". Jadi saya telah difahamkan bahawa perubahan yang dilakukan oleh company adalah "perlu" bagi mengelakkan program ini terus terjerumus kedalam permasalahan yang lebih dasyhat. Walaupun saya sendiri agak terkilan dengan perubahan yang dilakukan tetapi saya hanyalah manusia biasa seperti anda semua dan suara saya tiada apa2 erti walaupun berulang-kali menyampaikan pada pihak management tentang keluhan dan rintihan dari pihak2 downline saya kepada mereka.

3) Berikut ialah beberapa perubahan yang telah dan akan dilakukan oleh pihak MP GLOBAL :

a) Setiap ahli baru yang ingin mendaftar dengan harga RM363 atau RM665 di MP GLOBAL mestilah mempunyai 3 BC(Pakej RM665) di Kaki A,B dan C bagi melayakkan mendapatkan bonus pairing dan Royalty Bonus.

b) Withdrawal bagi setiap account akan dilakukan secara automatik bermula minggu depan dan hanya 50% dari jumlah e-wallet yang akan dibayar dari minggu ke minggu sehingga jumlah e-wallet anda telah habis dibayar. Rate yang dibayar ialah pada kadar 3.0.

c) bagi setiap account yang mendapat message "Not autorhize to Login" ketika login kerana mereka masih lagi tidak menghantar dokumen yang mencukupi seperti yang company mahu. Diminta segera menghantar dokumen tersebut untuk mengaktifkan akaun anda semula. Bagi ahli group saya sila rujuk BLOG di link http://mpglobal.blogspot.com/2008/10...warga-mpe.html untuk cara-cara menghantar dokumen tersebut dan pastikan diberikan salinan IC untuk saya hantarkan pada company. Saya menyediakan kemudahan secara email/fax untuk saya menerima dokumen-dokumen anda bagi mengelakkan akaun anda freeze.

d) Bagi setiap account yang telah mendaftar dengan RM363 (Personal Package)sebelum 31HB pukul 4:30PM akan diupgrade secara automatik menjadi RM665 (Bussiness Package) "JIKA" akaun anda "aktif" iaitu mempunyai 3 downline di Kaki A, B dan C.

e) Setiap bonus yang anda terima akan dimasukkan didalam e-wallet dan tidak akan boleh transfer diantara satu sama lain untuk selama-lamanya. Bonus yang ada didalam account anda hanya boleh withdraw ke dalam account bank masing-masing. Jadi setiap ahli dikehendaki "update" nombor bank dan maklumat bank didalam account anda dibahagian "modify".

f) Bermula dari esok 6/11/2008 30% dari e-wallet boleh digunakan untuk transfer ke Sales-wallet bagi mendaftar ahli baru atau upgrade account anda dan downline-downline. Balance 70% mestilah membeli dari pihak company.

g) Setiap account yang sudah habis loan bolehlah claim product bernilai rm4000 dari kaunter company apabila akaun anda telah tamat tempoh 14 hari setelah habis loan. Produk rm4000 akan dihantar oleh pihak company jika anda tinggal berjauhan dari KL. Bagi produk berharga rm363 semua pihak mestilah hadir ke HQ company untuk mengambil dari kaunter company kerana tiada penghantaran yang disediakan oleh pihak company.


Jadi, setelah beberapaa perkara yang berlaku dan setelah diperlakukan sedimikian rupa...sebagai seorang yang opportunist dan saya pun seperti anda semua mencari peluang-peluang baru untuk meneruskan mata pencarian hidup saya telah melakukan research dan penyelidikan terhadap peluang-peluang lain. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang peluang baru ini silalah lawat blog terbaru saya : http://mytsr4u.blogspot.com kerana thread disini khas untuk saya menceritakan tentang MP GLOBAL sahaja.




Sekian. Sebarang maklumat lanjut akan saya update dari masa ke semasa dan bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat boleh juga call saya di talian : 0162764494 (Aidil/Dianey)

Wassalam.


Tuesday, November 4, 2008

Berita mutakhir untuk anda semua!

Salam semua,

Wah amat HOT dan PANAS sekali thread MPE ini setelah beberapa hari tidak menulis sepatah dua kata disini dan di dalam blog http://mpglobal.blogspot.com . Walaumacamanapun, alhamdullilah hendaknya semuanya dalam keadaan baik setelah saya pulang dari Sarawak bagi memenuhi kehendak group downline saya disana.

Pada malam ini, saya akan buat pengumuman PENTING yang akan menentukan halatuju group saya dan kesemua network-network saya. Diharap semua ahli-ahli group saya dan kesemua "pencari-pencari peluang" membuat duit diharap dapat mengikuti update dan latest news di blog saya pada malam ini: http://mpglobal.blogspot.com

Saya pun MLM player seperti anda semua. Apa maklumat yang saya terima dari pihak company saya sampaikan kepada anda semua dengan transparent. Bagi diri saya, dimana ada peluang membuat keuntungan disitu saya akan berada. Tetapi, dalam menjalankan biz MLM ini... Jika network yang dibina dan dijaga dengan baik dibalas dengan company yang tidak pernah berterima kasih kepada kami yang penat-penat mencari ahli baru bagi mereka.. akan membuatkan hati kecil kami terdetik. Hati yang berdetik inillah yang bermain di fikiran kami dalam 2-3 hari ini.

Untuk pengetahuan semua, pada hari Sabtu haritu... saya dan husband telah pergi membuat briefing di Sarawak dengan modal kami 100% dari segi transport, sewa dewan, sewa projector dan kos-kos lain ditanggung sepenuhnya oleh kami sendiri walaupun kami tak pernah lagi withdraw sebarang bonus dari MPE sebelum ini.

Jadi, malam ini saya akan mengumumkan 1 berita PENTING untuk ahli2 group kami. Pastikaan malam ini anda lawati blog kami :

http://mpglobal.blogspot.com

Sekian terima kasih.

Saturday, November 1, 2008

Salam semua.

Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan ceria-ceria selalu.

Didalam proses kita menuju destinasi pasti menghadapi gelora dan gelombang yang sedikit sebanyak mengugat perjalanan yang telah kita rancang dan aturkan. Bagi sesiapa yang mempunyai keazaman yang teguh dan semangat yang utuh... pasti boleh menghadapinya dan sudah bersedia dari awal tentang risiko yang bakal berlaku.

Macam saya sendiri, dengan perubahan yang berlaku sedikit sebanyak telah merencatkan perjalanan dan perancangan yang telah diatur disebabkan perubahan yang berlaku tidak diduga oleh saya sendiri dan saya difahamkan oleh pihak company setiap perubahan tersebut perlu demi memastikan kejayaan dan kestabilan jangka masa panjang untuk kita semua menikmati keuntungan darinya.

Hari ini, sepatutnya pihak saya telah mendapat persetujuan dengan company agar menghantar wakil bagi menguruskan taklimat di Kuching Sarawak. Tetapi, diatas beberapa perubahan yang berlaku secara mendadak tanpa pemberitahuan kepada saya dengan kadar segera telah membuatkan saya terpaksa bertindak membatalkan taklimat yang sepatutnya berlangsung pada hari ini dan ditangguhkan ketarikh lain yang akan diberitahu kemudian.

Tetapi, saya juga telah mengambil keputusan untuk pergi juga ke Kuching untuk berjumpa dengan beberapa ketua group downline saya bagi menerangkan tentang plan baru dan beberapa perkara baru disamping berkenal-kenalan diantara satu sama lain... untuk membincangkan strategi, halatuju, dan perancangan selanjutnya.

Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh call saya kepastian dan pengesahan.

Dibawah ialah "memo" yang telah dikeluarkan oleh pihak company untuk semua ahli-ahli MP Global :



(Sila Klik Gambar)


Jika terdapat sebarang soalan call saya direct : 016376449

Thursday, October 30, 2008

Berita tentang MP Global

Ok, pada semua warga MPE... rileks... saya tadi sudah berjumpa dengan 001 Encik Syed dan Madam Belinda (GM) program MP Global ini. Hasil dari perbincangan dengannya harga tidak akan dinaikkan secara mendadak terus ke rm665 dengan melenyapkan pakej RM363. Malahan, beberapa pakej baru diwujudkan bagi membolehkan program ini bertahan untuk jangka masa panjang bagi kita semua menikmati keuntungan darinya.

Berikut ialah beberapa perkara yang telah diberitahu kepada saya dan belum finalise "selagi" memo belum dikeluarkan oleh pihak company.

1) Package Personal : RM363

- Hanya menerima income Direct Sponsor.
- Bonus pairing dan Royalty Bonus hanya akan berjalan jika upgrade ke Pakej Bussiness Centre.

2) Package Bussiness Centre : RM665
- Akan menerima semua Bonus yang terdapat seperti Direct Sponsor, Pairing, Royalty Bonus dan 7 Bonus baru dari conventional plan.
- Flushing ialah 12 per day.
- Maximum income per month ialah RM70,000.

3) Package Entrepreneur : RM1020
- Akan menerima semua Bonus yang terdapat seperti Direct Sponsor, Pairing, Royalty Bonus dan 7 Bonus baru dari conventional plan.
- Flushing ialah 12 per day.
- Unlimited income.

Bagi sesiapa yang dah join dengan RM363 sebelum 31 Oktober 4 petang akan diupgrade automatic ke Pakej RM665 tanpa perlu mengeluarkan sebarang modal baru.


Jika terdapat sebarang berita akan saya maklumkan pada anda. Jika inginkan sebarang maklumat boleh juga hubungi saya di talian : 0162764494.

Monday, October 27, 2008

First briefing in Sarawak

Salam buat semua pelawat-pelawat dan ahli-ahli groupku. Diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan bertambah murah rezeki dengan hasil dari MP Global dan bisnes2 lain yang kita usahakan.

Dalam 1-2 hari ni kita mendengar berbagai-bagai khabar angin dari pihak luar yang cuba untuk menjatuhkan company MPE dan sibuk memburuk-burukkan company MPE. Bagi saya, yang mendapat maklumat terus dari company tetap teguh dengan pendirian dan diharap semua ahli-ahli group saya mempunyai azam dan tekad yang sama. Setelah genap 1 bulan pelancaran "soft launch" program MP Global, terdapat beberapa perubahan yang menguntungkan pihak kita sebagai "distributor" dan company agar program ni boleh kita usahakan sebagai mata pencarian untuk jangka masa panjang. Disini saya ingin menyatakan beberapa perkara penting yang bakal diumumkan oleh company ketika briefing pada 28hb/10/2008.

1) Bonus Power3 diturunkan ke 12:12:12

2) 20% maintenance ditolak secara tidak terhad untuk semua bonus di program MP Global dan akan diserapkan ke dalam Persetujuan Pakej Global Produk (GPPA) untuk plan konvesional M-Plan yang bakal mewujudkan 7 bonus baru untuk kita. Setiap kali maintanance cecah USD5k kita bakal diberikan 3 account re-entry yang sudah habis loan untuk kita placement dibawah hierarki kita untuk membantu group dan dalam masa sama boleh claim products bagi setiap account tersebut.

3) Peribadi e-wallet :
a) Tetap/kunci USD15 dimana tidak boleh membuat pengeluaran/pemindahan.
b) Pemindahan minima USD100
c) Pengeluaran minima USD100

4) E-mobile/Stokis bakal diwujudkan.

Untuk pengetahuan lanjut diminta semua pihak dapat menghadirkan diri ke taklimat company pada 28/10/2008 di HQ company.

Disamping itu, seperti yang dirancang... pihak group saya bakal mengaturkan "FIRST BRIEFING" di Sarawak. Bagi sesiapa yang mempunyai prospek dan kenalan2 disana bolehlah mengundang mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut memandangkan briefing yang dilakukan disana telah saya aturkan agar pihak company sendiri dapat melakukan presentation. Di Sarawak, jarak mereka dengan HQ jauh dan amat penting sekali mereka mendapatkan maklumat dengan lengkap dan jelas sebelum memulakan bisnes dengan MPE. Jadi rebutlah peluang ini bagi sesiapa yang tinggal sekitar kawasan Sarawak. :)


Tuesday, October 21, 2008

Salam buat semua warga MPE!!!

Salam semua warga MPE dan ahli-ahli groupku sekalian.

Sudah sekian lama saya tak post disini dan tidak menulis sepatah dua kata di blog. Walaupun begitu, saya dan asben tetap aktif dan sudi membantu pada semua ahli-ahli MPE yang memerlukan bantuan secara offline diluar sana. Hanya call sahaja di talian HOTLINE kami di 0162764494 untuk sebarang soalan atau pertanyaan boleh kami bantu memandangkan group kami deal terus/direct dengan pihak company dan 001 program ini. Sejak 1-2 minggu ni kami sibuk melayani prospek-prospek downline kami yang membuatkan saya dan asben melakukan road tour ke Kelantan, Terengganu, Kuantan, Perak, dan sekitar Lembah Klang. Selepas ini, kami akan meneruskan lagi road tour kami bagi Kuching Park Hotel@Sarawak(1st November 2008), Perlis, dan Penang. Bagi downline-downline kami yang ingin kami datang bagi melakukan penerangan secara berkumpulan... sila kumpul 15 orang minimum untuk kami melakukan penerangan tentang cara menghasilkan keuntungan dari program MP Global ini.

Hasilnya setelah hampir 20 hari selepas soft launch MP Global kami menjalankan bisnes MPE, sambutan yang kami terima amat menggalakkan. Malahan, setelah program investment "Duduk diam dapat duit" telah diserbu oleh pihak berkuasa dan banyak program2 lain yang tidak mempunyai lesen terpaksa tutup kedai membuatkan MP Global bertambah gah dan sambutan yang diterima amat diluar jangkaan. Lihat sahaja pada setiap kali briefing company di HQ pada tiap2 hari Selasa dan Jumaat sentiasa penuh dengan ahli-ahli baru dan prospek-prospek.

Ok, untuk downline-downline saya dan asben.. sila download borang-borang berikut dan sila isikannya dan pulangkan pada saya secepat mungkin untuk saya submit pada company bagi tujuan pengesahan untuk mengelakkan account anda di-freeze. Sila download borang tersebut dan hantarkan kepada :

1) Email kepada : ezrafx@yahoo.com ATAU
2) Fax kan kepada : 0320969085 (SERTAKAN USERNAME ANDA)

Sila download borang berikut dan email/fax kepada saya ASAP.

BORANG PENDAFTARAN MPGLOBAL :



BORANG LOAN DENGAN COMPANY (Loan perlu bayar "jika" ada bonus) :





P/S : Buat semua ahli-ahli groupku, sila download dan isikannya dan hantar pada saya samada fax atau email. Jika account anda kena freeze amat sukar dan memakan masa untuk saya request pada company utk unlock account anda. Tima kacih.

P/S 2 : Bagi ahli-ahli groupku, jika anda terdapat prospek yang berminat sila undang mereka ke HQ untuk mendengat taklimat oleh company setiap hari SELASA dan JUMAAT pada setiap minggu. Saya boleh berjumpa dan membantu mereka untuk memberikan penerangan cara-cara membuat keuntungan di MP GLOBAL.

Thursday, October 9, 2008

Marilah kita bersama-sama menghasilkan keuntungan!

Salam Semua.

Alhamdullilah syukur kehadrat illahi. Kesemua ahli-ahli group saya sudah selamat di key-in ke dalam system. Bagi ahli-ahli group bolehlah memulakan bisnes kita ni dan menghasilkan keuntungan darinya.

Kebanyakan daripada ahli-ahli group kita amat beruntung kerana sudah diberi 1 kaki FREE kepada anda. Samaada anda menggunakan peluang yang tersedia atau tidak yang menentukan kejayaan anda didalam program ini. Bayangkan potensi keuntungan yang dapat dijana bagi mereka yang mempunyai 1 kaki panjang yang telah diberikan. 1 pairing yang terhasil boleh menjana untung RM300...tidak termasuk extra RM120 dari bonus Direct Sponsor.

Walaupun setiap account mempunyai loan yang perlu dilunaskan... jika anda berusaha dengan bersunguh-sungguh dalam waktu sekejap sahaja anda mampu lunaskan loan tersebut dan meraih keuntungan yang bersih.

Bagi menambah semangat dan pendorong bagi semua warga-warga Mp Global terutamanya ahli-ahli group saya.. disini saya sertakan screenshot dari salah satu account saya yang telah menghasilkan keuntungan dari bonus "pairing" sahaja mencecah (USD2,376.00/RM8316.00). Ini belum termasuk bonus dari Direct Sponsor dan Royalti Bonus :


Free Image Hosting at www.ImageShack.us
Gambarajah bonus setelah seminggu join. (Sila Klik Gambar untuk rajah besar)


Bagi mereka yang teruja dan ingin mendapatkan nasihat dan strategi bagi menghasilkan keuntungan seperti yang telah diraih.. Boleh call/sms/ym anytime dengan saya untuk mendapatkan tips-tips. Kalau ikutkan hati saya, saya mahu semua ahli-ahli group saya meraih keuntungan yang sama. Malahan, anda boleh mendapatkan keuntungan yang lebih lagi dari apa yang telah saya hasilkan...insyaalah.


-Aidil&Dianey-
0162764494
http://mpglobal.blogspot.com

Monday, October 6, 2008

Semua boleh memulakan bisnes dengan MP Global bermula hari ini!!!

Salam

Salam buat semua ahli group saya,
Alhamdullilah, pada hari ini semua akan menerima ID berperingkat sampai semuanya selesai pada malam ini. Bagi sesiapa yang tidak lagi menghantar butiran seperti yang diminta sila hantar secepat mungkin bagi mengelakkan permasalahan untuk key-in.

Dibawah ini, saya sertakan cara-cara untuk mendaftar ahli baru dibawah group anda.

1) Lawat website http://www.mpglobal2u.biz untuk downline anda register.

2) Click register, masukkan nama username sponsor.

3) Dapatkan point/e-wallet untuk activatekan account tersebut dari HQ MPE atau call saya direct di 0162764494(Dianey&Aidil) untuk membeli point/e-wallet.

4) Untuk activate account anda memerlukan USD103.50 atau RM363 bagi 1 account baru.

5) Bila dah ada point/e-wallet dalam account baru tersebut, sila login dan klik button "Activation".

6) Selepas dah activate, klik button "BCs" untuk placement

7) Klik button "New-purchase new BC" untuk placement.

8) Isikan tempat kosong :

a) Loan : Yes
b) Upline BC : _____ (Pastikan di bawah kaki siapa awak nak letak. Contoh, jika dibawah kaki username "aidil888".. letakkan "_1" dibelakang username tersebut. Jadi, awak perlu letakkan "aidil888_1 jika awak nak buat placement di bawah kaki username "aidil888".)
c) Team : _______ (Pilih kaki A/left, B/middle, atau C/right untuk diletakkan dibawah username tersebut.
d) Tandakan button "MM001 = Mega Mall 1MM@$1145/RM4000 untuk pengesahan produk.
e) Click "Next".

9) Akaun downline tersebut sudah diaktifkan dan sudah boleh memulakan bisnes dan menghasilkan keuntungan darinya.

Sebarang soalan atau pertanyaan sila kemukakan pada :
Aidil@Dianey : 0162764494

Salam maju jaya untuk semua ahli group kita!!!

Thursday, October 2, 2008

Berita terbaru MP Global dan Selamat Hari Raya!!












Salam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua warga-warga MP Global dan downline-downlineku sekalian alam.
Untuk pengumuman semua, system MP Global sudah up dan sekarang ni tengah finalise untuk kita semua kasi boom selepas raya. Bagi pihak group saya, bolehlah mula register ke :

http://www.mpglobal2u.biz

1) Click register
2) Letak sponsor : dianey
3) Sejurus selepas register...SMS ke 0162764494 Username,Password,Nama, No fon untuk saya activatekannya bila system ready 100%.
4) Bagi downline saya yang mempunyai account lebih dari satu, HANYA register 1 account yang utama dahulu sebelum mula register account-account yang lain.

System belum lagi ready 100%. Saya telah diberitahu oleh Tuan Syed 001 dan programmer Frank, system akan benar-benar ready pada hari Isnin (6/10/2008). Buat waktu ini, setiap akaun boleh mula register tetapi belum boleh di-activatekan kerana pihak MPE masih dalam proses final touch-up dan final modification terhadap system agar bila program ini bermula tiada sebarang masalah dalam system yang akan berlaku bila dah berjalan. Kita juga boleh promote kaw-kaw dan kita semua boleh mendapatkan keuntungan darinya selepas system ready 100%. :)

Saya sekarang ini melaporkan dari kampung, dan ikutkan saya juga membuat promotion tentang MP Global ini disini dan respons dan feedback yang diberikan amat menggalakkan. Insyallah group kita akan meletup selepas raya ini. :)

Ingin diingatkan sekali lagi, semua downline-downline boleh mula register di
http://www.mpglobal2u.biz dan :

1) Click register
2) Letak sponsor : dianey
3) Sejurus selepas register...SMS ke 0162764494 Username,Password,Nama, IC, No fon untuk saya activatekannya bila system ready 100%.
4) Bagi downline saya yang mempunyai account lebih dari satu, HANYA register 1 account yang utama dahulu sebelum mula register account-account yang lain.

Sebarang soalan dan pertanyaan boleh call/sms ke 0162764494/60169988528 atau terus lawat blog saya di
http://mpglobal.blogspot.com

-Dianey&Aidil-

Tuesday, September 30, 2008

Salam semua,

Alhamdullilah... akhirnya setelah seharian di HQ MPE, saya punya account dapat didaftarkan juga. Suasana di HQ MPE amat meriah dan sesak dengan orang ramai yang sibuk dengan borang-borang downline masing-masing dan ada diantaranya sibuk menunggu dengan laptop masing-masing untuk key-in downline mereka.

Walaupun saya tunggu di HQ MPE sejak 2PM tengahari, system sebenarnya ready untuk key-in hanya pada pukul 10 malam. Waktu itu, hanya 001 dan konsortium-konsortium dibolehkan key-in kedalam system. saya punya ID hanya selesai pada pukul 1AM tadi.

Jadi, untuk semua downline saya... saya difahamkan bahawa semua downline-downline perlu submit kepada saya 6 perkara penting agar proses key-in boleh dilakukan esok sebelum saya bercuti pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sudah 3 minggu saya busy tiap-tiap malam menguruskan semua downline-downline dan prospect-prospect untuk program MP Global ini agar kesemuanya berjalan dengan lancar. Malahan Hari Raya tahun ini pun saya tak sempat nak shopping baju raya. Cuma anak saya yang baru berusia 2 bulan tu je yang dah beli baju raya.

JAdi, saya menyeru kepada semua downline-downline agar segeralah submit butiran-butiran yang diperlukan agar saya dapat key-in semua ID downline-downline. Saya beri masa pada semua downline-downline tempoh sehingga malam pukul 10PM hari Selasa(30/09/08) untuk submit butiran yang diperlukan. Bagi downline-downline yang tidak mempunyai butiran yang mencukupi akan saya key-in setelah pulang dari bercuti raya pada hari Jumaat(03/10/08).

Sila sms ke 0162764494 atau email ke ezrafx@yahoo.com butiran-butiran berikut :

1) Nama Penuh :
2) NO IC :
3) Username :
4) HP Number :
5) Alamat :
6) Salinan IC/Scan iC : (Tempoh 1 minggu diberikan)


Sila layari http://mpglobal.blogspot.com untuk mendapatkan maklumat serta latest news dari masa ke semasa.

Thanks.

-Aidil&Dianey-


MP Global