Monday, October 27, 2008

First briefing in Sarawak

Salam buat semua pelawat-pelawat dan ahli-ahli groupku. Diharap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan bertambah murah rezeki dengan hasil dari MP Global dan bisnes2 lain yang kita usahakan.

Dalam 1-2 hari ni kita mendengar berbagai-bagai khabar angin dari pihak luar yang cuba untuk menjatuhkan company MPE dan sibuk memburuk-burukkan company MPE. Bagi saya, yang mendapat maklumat terus dari company tetap teguh dengan pendirian dan diharap semua ahli-ahli group saya mempunyai azam dan tekad yang sama. Setelah genap 1 bulan pelancaran "soft launch" program MP Global, terdapat beberapa perubahan yang menguntungkan pihak kita sebagai "distributor" dan company agar program ni boleh kita usahakan sebagai mata pencarian untuk jangka masa panjang. Disini saya ingin menyatakan beberapa perkara penting yang bakal diumumkan oleh company ketika briefing pada 28hb/10/2008.

1) Bonus Power3 diturunkan ke 12:12:12

2) 20% maintenance ditolak secara tidak terhad untuk semua bonus di program MP Global dan akan diserapkan ke dalam Persetujuan Pakej Global Produk (GPPA) untuk plan konvesional M-Plan yang bakal mewujudkan 7 bonus baru untuk kita. Setiap kali maintanance cecah USD5k kita bakal diberikan 3 account re-entry yang sudah habis loan untuk kita placement dibawah hierarki kita untuk membantu group dan dalam masa sama boleh claim products bagi setiap account tersebut.

3) Peribadi e-wallet :
a) Tetap/kunci USD15 dimana tidak boleh membuat pengeluaran/pemindahan.
b) Pemindahan minima USD100
c) Pengeluaran minima USD100

4) E-mobile/Stokis bakal diwujudkan.

Untuk pengetahuan lanjut diminta semua pihak dapat menghadirkan diri ke taklimat company pada 28/10/2008 di HQ company.

Disamping itu, seperti yang dirancang... pihak group saya bakal mengaturkan "FIRST BRIEFING" di Sarawak. Bagi sesiapa yang mempunyai prospek dan kenalan2 disana bolehlah mengundang mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut memandangkan briefing yang dilakukan disana telah saya aturkan agar pihak company sendiri dapat melakukan presentation. Di Sarawak, jarak mereka dengan HQ jauh dan amat penting sekali mereka mendapatkan maklumat dengan lengkap dan jelas sebelum memulakan bisnes dengan MPE. Jadi rebutlah peluang ini bagi sesiapa yang tinggal sekitar kawasan Sarawak. :)


No comments: